Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK LEMAS: MAYAT ABANG DITEMUI PADA HARI KETIGA SAR

DALAM NEGARA

DUA BERADIK LEMAS: MAYAT ABANG DITEMUI PADA HARI KETIGA SAR

Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang, di Taman Prima Saujana, Kajang, Khamis lepas, ditemukan lemas, malam ini.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang, di Taman Prima Saujana, Kajang, Khamis lepas, ditemukan lemas, malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN – DUA KANAK-KANAK HILANG DIHANYUTKAN AIR LONGKANG
ARTIKEL BERKAITAN – HILANG DIHANYUT AIR LONGKANG: ADIK MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL, ABANG MASIH HILANG 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata mayat remaja, Khalish Shahdan Khairul Ikram, 14 tahun itu dijumpai tersangkut pada konkrit di kawasan kolam takungan air di Taman Prima Saujana pada 8.35 malam.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lepas, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana.

Mayat mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada 7.47 malam pada hari kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, Kajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 10 malam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: HILANG DIHANYUT AIR LONGKANG: ADIK MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL, ABANG MASIH HILANG  – ALHIJRAH ONLINE

  2. Anonymous

    7 December 2025 at 2:20 PM

    Bilakah ini terjadi?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading