CURI DATA E-PENYATA GAJI: NACSA AKAN BUAT KENYATAAN – ANNUAR
Media sebelum ini melaporkan isu kecurian data apabila sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka dari organisasi keselamatan siber ‘gray hat’ mendakwa telah menceroboh ePenyata Gaji penjawat awam, bagi menunjukkan kelemahan sistem itu.
KOTA BHARU: Kerajaan telah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan kecurian data penyata gaji (ePenyata Gaji) kakitangan awam, dan kenyataan lanjut mengenainya akan dibuat oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan memandang serius berhubung isu ketirisan serta kecurian data, dan telah mengadakan beberapa mesyuarat serta perbincangan mengenainya.
“Dalam kes dakwaan kecurian data yang melibatkan ePenyata Gaji kakitangan dan sebagainya, kita telah bersetuju supaya tidak ramai mengeluarkan kenyataan, selain tidak mahu mengganggu penyiasatan yang sedang rancak dijalankan.
“Kita setuju sebarang kemas kini perlulah dikeluarkan oleh NACSA dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), cuma apa yang boleh saya maklumkan kita telah mendapat petunjuk yang tertentu dan tindakan-tindakan sedang menyusul,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kok Lanas di sini hari ini.
Beberapa media sebelum ini melaporkan isu kecurian data apabila sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka dari organisasi keselamatan siber ‘gray hat’ mendakwa telah menceroboh ePenyata Gaji penjawat awam, bagi menunjukkan kelemahan sistem itu.
Annuar berkata isu kecurian data menjadi satu fenomena, sebab itulah pada masa ini pihaknya telah membentuk satu kerangka kerja untuk membaiki atau melindungi masalah berkenaan kerana apa yang berlaku bukan di Malaysia sahaja, sebaliknya di semua negara.
“Saya mahu jelaskan kerana ramai yang salah faham, kalau berlaku kecurian data membabitkan data peribadi di bawah kelolaan syarikat dan swasta, ia termasuk di bawah Akta Perlindungan Peribadi dikelolakan Jabatan Perlindungan Data iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
“Jika data dari institusi, Jabatan Kementerian, ia tidak termasuk di bawah Jabatan Perlindungan Data, sebaliknga di bawah NACSA dan JPM.
“Berhubung dakwaan pencerobohan sistem penyata gaji, ia di bawah NACSA, namun CyberSecurity Malaysia (CSM) di bawah kementerian akan memberikan bantuan dari segi siasatan forensik,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests