DASAR KERAJAAN PERPADUAN MESTI AMAL KESEIMBANGAN MENGIKUT AL-QURAN – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan mengamalkan keseimbangan sepertimana ditekankan dalam al-Quran.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan mengamalkan keseimbangan sepertimana ditekankan dalam al-Quran.
Beliau berkata ini bagi memastikan pelaksanaan dasar secara menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.
“Sebab itu tidak boleh langgar segala bukit bukau dirobohkan, pokok balak ditebang sesuka hati, jahanam kerana tiada equilibrium atau keseimbangan (diamalkan)… bila kerosakan berlaku, (bencana) akan selalu menimpa rakyat terutama rakyat yang lebih rendah kedudukan mereka atau miskin.
“Apabila seseorang itu diamanahkan atau dilantik (sebagai) menteri, beliau mewakili semua rakyat maknanya keluhan rakyat mesti didengar dan dasar kerajaan mesti mengambil kira perimbangan yang disebut dalam al-Quran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Nur Ramadan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Perdana Menteri juga berkata pemimpin Melayu dan Islam tidak seharusnya hanya berbicara mengenai soal hidup bangsa Melayu dan berjuang menggunakan agama Islam sebaliknya perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
“Biar orang tengok ada orang Melayu yang bersih dan tidak korup, menjaga serta prihatin terhadap nasib orang yang susah dan miskin,” katanya.
Sempena Hari Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini, Anwar menyeru umat Islam supaya memanfaatkan ia dengan membaca, menghadam dan seterusnya memahami ayat-ayat dalam kitab suci itu.
Nuzul Al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan wang tunai RM200 kepada setiap 300 asnaf dan fakir miskin bagi Parlimen Lembah Pantai dengan jumlah keseluruhan penerima sumbangan Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini ialah 3,300 orang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.