Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DEEPAVALI YANG TERAKHIR, LELAKI MAUT DILANGGAR LARI

DALAM NEGARA

DEEPAVALI YANG TERAKHIR, LELAKI MAUT DILANGGAR LARI

KULIM: Seorang pemuda maut dipercayai dilanggar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.22 pagi itu, mangsa, Tavanesh Nadarajan, 27, menunggang motosikal jenis Honda C100 untuk ke tempat kerja di Hospital Kulim.

Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta Nissan yang dipercayai cuba memotong kenderaan lain telah merempuh motosikal yang ditunggangi mangsa sehingga dia terpelanting kira-kira 10 meter di tengah jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya sejurus rempuhan, pemandu kereta tersebut dipercayai terus memecut laju dan meninggalkan tempat kejadian.

Ekoran itu polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan supaya membantu mengesan pemandu tersebut.

Mayat Tavanesh dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading