Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPD DILAKSANAKAN DI ASRAMA PEKERJA TOP GLOVE, KLANG

DALAM NEGARA

PKPD DILAKSANAKAN DI ASRAMA PEKERJA TOP GLOVE, KLANG

Sumber: Mohd RASFAN / AFP

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula esok, 17 November hingga 30 November ini.

PKPD dilaksanakan susulan hasil saringan COVID-19 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan terbabit yang mengesahkan 215 kes positif COVID-19 dilaporkan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD di kawasan itu diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, di mana ia melibatkan 13,190 pekerja kilang yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita.

Tambahnya, seramai 1,200 penduduk tinggal di kawasan perumahan berdekatan, iaitu Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar kepada pekerja dan penduduk di kawasan tersebut.”

“Pihak Top Glove juga perlu membuat saringan sepenuhnya kepada semua pekerja di kilang dan di asrama-asrama yang membekalkan tenaga kerja kepada kilang tersebut,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading