Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHLI PARLIMEN GERIK MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

AHLI PARLIMEN GERIK MENINGGAL DUNIA

IPOH: Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63, meninggal dunia sebentar tadi. Allahyarham dilapor mengalami serangan jantung.

Sumber memaklumkan, isteri Hasbullah membawa Allahyarham ke klinik untuk pemeriksaan selepas Ahli Parlimen Gerik itu mengadu sakit perut.

Ketika isterinya masuk ke dalam klinik untuk membuat pendaftaran pesakit, Hasbullah tinggal sementara di dalam kereta dengan memangku seorang budak kecil.

Bagaimanapun sebaik sahaja isterinya kembali ke kenderaan, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri, malah kanak-kanak yang dipangku itu juga jatuh di bahagian kakinya.

Petugas kesihatan memberi rawatan kecemasan, namun Allahyarham Hasbullah tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Hasbullah kini dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading