GAZA : Perjalanan seorang doktor ke Hospital Al-Awda untuk merawat mangsa perang berakhir tragedi selepas beliau menjadi sasaran dron Israel.
Dr. Saeed Joda yang juga satu-satunya Doktor Ortopedik yang tinggal di Utara Gaza disahkan terbunuh serta merta di lokasi kejadian.
Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan bahawa dron itu sengaja disasarkan kepada Dr. Joda ketika beliau dalam perjalanan untuk mengikuti misi perubatan di Tel Al-Zaatar di Jabalia Utara.
“Beberapa hari lalu, dia memegang papan tanda merayu kepada dunia untuk menyelamatkan mereka daripada tentera Israel. Hari ini, tentera Israel menembak dron di kepalanya sehingga terbunuh.” jelas Pengerusi Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med, Ramy Abdu di aplikasi X.
Dengan pembunuhan Dr.Joda, jumlah kakitangan perubatan yang dibunuh oleh Israel mencecah 1,057 orang sejak perang di Gaza bermula Oktober tahun lepas.
Dr. Joda sebelum ini menjadi sukarelawan perubatan selepas bersara dan dikepung selama dua bulan oleh Israel di Hospital di Utara Gaza.
Pembunuhan Dr. Joda berlaku hanya seminggu selepas anaknya Majd, 24 terbunuh ketika cuba menyelamatkan sepupunya dari bawah runtuhan bangunan yang dibom Israel di kem Jabalia – Alhijrah Online