Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DR AMRU ALHAZ ADNAN DILANTIK IMAM BESAR MASJID ‘BESI’

DALAM NEGARA

DR AMRU ALHAZ ADNAN DILANTIK IMAM BESAR MASJID ‘BESI’

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengumumkan pelantikan Dr Amru Alhaz Adnan sebagai imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya atau popular dengan gelaran Masjid ‘Besi’.

Menurut JAKIM, pelantikan itu adalah satu penghormatan besar dan tanggungjawab mulia dalam membimbing serta memartabatkan syiar Islam.

“Tahniah diucapkan kepada Dr. Amru Alhaz bin Adnan atas pelantikan sebagai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

“Semoga Dr terus diberikan kekuatan dan hikmah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar ini,” kata JAKIM dalam kenyataan hari ini.

Dr. Amru sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pada 2022, beliau pernah dipilih sebagai seorang imam solat tarawih di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom (UK) sepanjang bulan Ramadan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading