Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AL-AZHAR AL-SHARIF SETUJU TAWAR BIASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG MALAYSIA – PM ANWAR

DUNIA

AL-AZHAR AL-SHARIF SETUJU TAWAR BIASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG MALAYSIA – PM ANWAR

Universiti Al-Azhar Al-Sharif bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang untuk menuntut di universiti itu dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi.

Sumber Gambar: PMO

KAHERAH: Universiti Al-Azhar Al-Sharif bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang untuk menuntut di universiti itu dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia untuk menuntut di universiti tersohor itu.

“Saya juga menekankan perlunya Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif memperkukuh kerjasama di rantau ASEAN, terutama dalam bidang teknologi dan penyebaran ilmu pengetahuan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Al-Azhar Conference Centre di Kaherah, Ahad.

Sesi ceramah Anwar bertajuk ‘Teguh Bersama: Visi Umat Islam Menerusi Pemerkasaan Teknologi, Sosial Dan Eekonomi’ itu dihadiri lebih 1,500 pelajar dari Al-Azhar.

Sebelum itu Perdana Menteri mengadakan pertemuan bersama Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.

Pertemuan itu diadakan selepas  Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya, sempena lawatan rasmi empat hari ke Mesir.

Dalam perbincangan Bersama Prof Ahmad, Anwar turut menyentuh tentang cadangan memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif. 

Turut disentuh ialah rancangan usaha sama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif bagi mempererat hubungan Malaysia dan Mesir dalam bidang pendidikan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading