Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SYARAHAN UMUM PM ANWAR PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK MALAYSIA DAN UNIVERSITI AL-AZHAR

DALAM NEGARA

SYARAHAN UMUM PM ANWAR PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK MALAYSIA DAN UNIVERSITI AL-AZHAR

KUALA LUMPUR: Hubungan Malaysia dan Universiti Al-Azhar yang telah tersedia terjalin erat diperkukuhkan lagi melalui syarahan umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di institusi ilmu Islam ulung dunia itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika syarahan umum di Universiti Al-Azhar. — PMO

KUALA LUMPUR: Hubungan Malaysia dan Universiti Al-Azhar yang telah tersedia terjalin erat diperkukuhkan lagi melalui syarahan umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di institusi ilmu Islam ulung dunia itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata platform syarahan itu satu pengiktirafan besar Universiti Al-Azhar kepada ketokohan dan kepimpinan perdana menteri.

“Sebagai sebuah institusi ilmu Islam membawa manhaj kesederhanaan yang menjadi asas ketamadunan ummah, Universiti Al-Azhar telah memberikan sumbangan besar dalam menyatupadukan umat Islam serta membina generasi ilmuan di serata dunia.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar benar-benar menghayati nilai-nilai Islam serta menterjemah kepada tindakan yang terbaik demi negara dan umat seperti dinyatakan oleh perdana menteri dalam syarahan umum tersebut,” katanya.

Tambah beliau Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meneruskan usaha mengambil tindakan atas saranan perdana menteri dalam ucapannya.

Antaranya memastikan anak-anak muda Islam diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu keagamaan termasuk ilmu al-Quran, selain turut diberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) agar berlaku integrasi ilmu.

Ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar, Anwar turut berkata semua pelajar Islam di Malaysia diwajibkan untuk membaca 40 hadis Arbain Imam Nawawi bersama terjemahan, yang merupakan kali pertama dalam sejarah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading