Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UPNM: SEMBILAN INDIVIDU DIRAKAM KETERANGAN, SUSPEK DIJANGKA HADIR KE IPD CHERAS PETANG INI

DALAM NEGARA

UPNM: SEMBILAN INDIVIDU DIRAKAM KETERANGAN, SUSPEK DIJANGKA HADIR KE IPD CHERAS PETANG INI

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa. — Bernama

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan sembilan individu bagi membantu siasatan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang diambil keterangan melibatkan saksi kejadian dan kakitangan universiti berkenaan.

“Suspek kejadian juga dikenal pasti dan dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada petang ini untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt dengan mangsa ketika itu berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama di universiti berkenaan dan polis hanya menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam, 8 Nov.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi perkongsian di platform X semalam memaklumkan pihaknya berpendirian kejadian tersebut adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi. 

Mohamed Khaled berkata kementerian berkenaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung kejadian.

Sebelum ini, tular di laman sosial X apabila seorang wanita mempersoalkan kewajaran tindakan mahasiswa UPNM yang didakwa membuli selain mendakwa adik saudaranya dipijak hingga patah tulang rusuk. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading