DUA LELAKI DISYAKI PENJENAYAH MAUT SELEPAS BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS
Dua lelaki disyaki penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, pada 8.05 pagi tadi.
JITRA: Dua lelaki disyaki penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, pada 8.05 pagi tadi.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata sebelum kejadian, anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di sekitar kawasan itu terserempak dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan.
“Suspek yang tidak memberikan kerjasama kemudiannya melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis sehingga berlaku berbalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua lelaki itu maut di dalam kenderaan di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu telah menemukan dua pucuk pistol jenis revolver dan separa automatik, beberapa butir peluru hidup, sebilah parang dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata seorang daripada suspek yang berusia 41 tahun mempunyai lebih 40 rekod jenayah lampau manakala identiti seorang lagi lelaki masih belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri.
“Kita percaya mereka terlibat dalam satu kumpulan besar yang melakukan jenayah kekerasan di seluruh negara, antaranya melibatkan kes pengedaran dadah, gangsterisme, pecah kilang dan samun. Kumpulan ini dipercayai mulai aktif sejak 2020.
“Setakat ini, Unit Foresik telah menjumpai tiga kelongsong peluru di lokasi kejadian dan mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus yang turut ke lokasi kejadian berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai sebahagian daripada kumpulan yang terlibat dengan pelbagai jenayah berat.
“Kita sedang siasat sama ada suspek-suspek ini terlibat dengan kumpulan penjenayah di Klang, Selangor. Kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai lebih 30 ahli dan polis akan mengambil tindakan lebih agresif,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager