Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TINGKATAN EMPAT MAUT, RAKAN CEDERA REMPUH PEMBAHAGI JALAN DI SHAH ALAM

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN EMPAT MAUT, RAKAN CEDERA REMPUH PEMBAHAGI JALAN DI SHAH ALAM

Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka tunggangi hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Persiaran Sukan, Seksyen 13 di Shah Alam, malam tadi.

Sumber Gambar: IPD Shah Alam, SMK Seksyen 9 Shah Alam

SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka tunggangi hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Persiaran Sukan, Seksyen 13 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9.45 malam ketika kedua-dua pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9  menunggang motosikal berhampiran Ramly Halal Mart di Seksyen 13, sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Motosikal itu kemudian melanggar pembahagi jalan, menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan raya. Penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pembonceng yang juga pelajar tingkatan empat pula cedera di bahagian leher dan kaki, dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Insp Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading