UTAMAKAN ADAB, JAGA SENSITIVITI KELUARGA ALLAHYARHAM NURLY SAHIRAH – MOHD NA’IM
Orang ramai yang menziarahi rumah keluarga dan pusara Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik bulan lepas diingatkan supaya sentiasa menjaga adab dan menghindari perkara yang bertentangan dengan agama.
JERTIH: Orang ramai yang menziarahi rumah keluarga dan pusara Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik bulan lepas diingatkan supaya sentiasa menjaga adab dan menghindari perkara yang bertentangan dengan agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata meskipun teruja dengan pelbagai kisah berkaitan Allahyarham yang antaranya meninggal dunia dalam keadaaan memeluk erat al-Quran, namun orang ramai perlu menjaga akidah dan sensitiviti keluarga.
“Sudah tentu ibu bapa Allahyarham harap sangat perkara ini (tetamu menjaga adab) dan mereka tidak mahu kebaikan yang ditunjukkan Nurly Sahirah menjadikan masyarakat kita melakukan perkara-perkara khurafat.
“Saya minta masyarakat supaya beradab, buat perkara yang disuruh agama, doakan Allahyarham. Ini (amalan khurafat) bukan cara penghargaan yang kita tunjukkan kepada arwah,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi keluarga Allahyarham Nurly Sahirah di Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata masyarakat diminta merujuk golongan ilmuwan atau pandangan mereka yang berautoriti seperti mufti di negeri-negeri sebelum melakukan sesuatu perkara ketika menziarahi kubur.
Media sebelum ini melaporkan tali penghadang terpaksa dipasang di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir susulan tindakan segelintir individu melakukan perbuatan khurafat di kawasan berkenaan termasuk mengambil tanah kubur dan disapu ke muka.
Selain itu, keluarga Allahyarham juga memutuskan untuk tidak menerima tetamu bermula 2 Julai hingga hari ini bagi memberi ruang kepada mereka terutama bapa serta ibu arwah, Azman Mohamad, 63, dan Kamariah Abdul Latif, 60, untuk berehat.
Sementara itu, Kamariah ketika ditemui pemberita meminta orang ramai yang ingin mengunjungi rumahnya bagi melihat sendiri naskhah al-Quran tulisan tangan Allahyarham setelah sesi kunjungan dibuka semula esok supaya mematuhi masa lawatan yang ditetapkan.
“Memang kita (keluarga) gembira dan mengalu-alukan kedatangan tetamu kerana bagi kami mereka datang bukan atas jemputan kami tetapi jemputan daripada Allah.
“Cuma kami minta datang antara 9 pagi hingga 6 petang sahaja. Pada awal pagi, kami perlu menguruskan beberapa perkara seperti kemas rumah, menyiram pokok, bersarapan dan sebagainya. Selepas 6 petang pula, kami perlu buat persiapan untuk makan malam dan solat maghrib,” katanya.
Nurly Sahirah merupakan antara 15 pelajar UPSI yang maut dalam nahas berkenaan yang berlaku pada awal pagi 9 Jun lepas, apabila bas yang disewa khas dari Jertih untuk pulang ke kampus utama universiti itu di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Alza di JRTB.
Nahas itu menyebabkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager