Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU BAPA ANGKAT DISYAKI DERA KANAK-KANAK HINGGA MAUT DIREMAN SEMINGGU

DALAM NEGARA

IBU BAPA ANGKAT DISYAKI DERA KANAK-KANAK HINGGA MAUT DIREMAN SEMINGGU

Pasangan suami isteri yang ditahan semalam kini direman tujuh hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki didera.

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan semalam kini direman tujuh hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki didera.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafis Muhammad Nor berkata lelaki dan wanita berusia 27 dan 28 tahun yang juga keluarga angkat mangsa disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak itu meninggal dunia dengan kesan lebam, bengkak dan luka di seluruh badan disyaki menjadi mangsa penderaan di Paya Jaras, Sungai Buloh.

Polis menerima laporan kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada 12.45 tengah malam Khamis lepas apabila mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasangan terbabit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading