Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCERAMAH BEBAS DISIASAT KES SEBAR VIDEO SEKS ISTERI

DALAM NEGARA

PENCERAMAH BEBAS DISIASAT KES SEBAR VIDEO SEKS ISTERI

Polis sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita yang merupakan isteri kedua lelaki itu pada 12 tengah hari, 16 Jun lepas, mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks dirinya dan madunya serta beberapa wanita lain.

“Bertindak atas siasatan, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan telah merampas dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek. 

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek telah dijumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan juga gambar-gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata lelaki berkenaan direman empat hari hingga hari ini dan diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765 atau ke balai polis berdekatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    12 July 2025 at 9:23 AM

    Personal Digital Act 2003 will summon.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading