Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELAUN NELAYAN DINAIKKAN RM300 SEBULAN

DALAM NEGARA

ELAUN NELAYAN DINAIKKAN RM300 SEBULAN

BEAUFORT: Kerajaan bersetuju untuk menaikkan semula elaun nelayan kepada RM300 sebulan.

Sebelum ini elaun tersebut telah diturunkan kepada RM250 ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memahami kesukaran hidup para nelayan terutama ketika penularan COVID-19.

“Saya ingin ingatkan, sewaktu PH mentadbir negara, Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah sebahagian daripada PH. Pada waktu itu elaun sara hidup nelayan RM300 telah dipotong dan jadi RM250, bukan ditambah.

“Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan,”katanya ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang, hari ini.

Muhyiddin berkata beliau berharap kenaikan elaun tersebut dapat mengurangkan beban yang dihadapi para nelayan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading