KAYUH BASIKAL RAMAI-RAMAI PERLU KEBENARAN POLIS

PADANG BESAR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penunggang basikal yang gagal melakukan aktiviti itu dalam satu barisan atau berkayuh basikal secara berkelompok di jalan raya.

Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad, pihaknya sudah menetapkan bahawa tunggangan yang dibenarkan ketika beriadah dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah secara satu barisan panjang sahaja.

“Di Perlis kita sudah kuatkuasakan melalui Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik (JSPT) iaitu memastikan kalau hendak berbasikal perlu dalam satu barisan dan tidak boleh ada dua atau lebih.

“Kalau kita nampak ada aktiviti di mana berhimpun menaiki basikal tindakan akan diambil oleh JSPT,” katanya ketika ditemui media di Felda Mata Ayer, Padang Besar hari ini.

Surina turut memaklumkan dengan peningkatan penularan COVID-19 di Kedah, pihaknya turut tidak membenarkan sebarang aktiviti riadah basikal yang merentas ke negeri tersebut.

Larangan merentas ke Kedah juga dibuat ke atas aktiviti konvoi bermotosikal. — AlHijrah Online

Leave a Reply