Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FENOMENA SALJI TURUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

DALAM NEGARA

FENOMENA SALJI TURUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

“Fenomena kali ini sedikit luar biasa kerana kebiasaannya hanya hujan ais atau berlaku pembekuan di sekitar kawasan puncak, namun apa yang dilihat pagi ini ianya benar-benar salji”.

RANAU: Tular video di media sosial menunjukkan fenomena salji turun yang sempat dirakam pendaki dan malim gunung di puncak Gunung Kinabalu, di sini hari ini.

Kejadian tersebut berlaku selama kira-kira dua minit bermula 6.20 pagi di kawasan sekitar Sayat-Sayat iaitu di Kilometer 7 hingga ke puncak gunung berkenaan.

Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid berkata, keadaan cuaca di kawasan gunung pagi tadi sedikit sejuk berbanding kebiasaannya.

“Rekod suhu dari jam 2 hingga 10 pagi tadi adalah sekitar 6.9 hingga 12.3 darjah selsius manakala tahap kelembapan pula ialah 52 hingga 62 peratus.

“Fenomena kali ini sedikit luar biasa kerana kebiasaannya hanya hujan ais atau berlaku pembekuan di sekitar kawasan puncak, namun apa yang dilihat pagi ini ianya benar-benar salji,” katanya.

Justinus berkata, mengikut rekod sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada 1975 dan 1993.

Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena salji tersebut bukanlah perkara yang mustahil di tanah yang tinggi seperti di Gunung Kinabalu.

Situasi tersebut boleh berlaku apabila suhu udara mencecah kosong darjah atau di bawah takat beku berkenaan, katanya.

“Salji boleh terbentuk dengan syarat adanya kelembapan yang mencukupi. Jadi biasanya apa yang berlaku ialah kita boleh lihat ‘frost’ iaitu ketulan ais yang berada di permukaan bumi, biasanya di batuan yang sejuk,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading