Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KENAL PASTI PENUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BAHAYA DI JAMBATAN KEDUA P. PINANG

DALAM NEGARA

POLIS KENAL PASTI PENUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BAHAYA DI JAMBATAN KEDUA P. PINANG

BALIK PULAU: Polis telah mengenal pasti individu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dekat sini.

Terdahulu, tular video menunjukkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang secara berbahaya, dipercayai melakukan aksi ‘wheelie’ pada kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, polis telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam dan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Ekoran kejadian itu, pihak kami menerima satu laporan polis dan sekarang ini kita sedang mengesan penunggang-penunggang motosikal tersebut bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hamizah Ahmad Rosli di talian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading