Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA LAGI HAD UMUR MEMASUKI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI

DALAM NEGARA

TIADA LAGI HAD UMUR MEMASUKI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI

Kerajaan Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat serta jemaah untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan umrah atau ziarah.

Bagaimanapun ianya dengan syarat memiliki status ‘imun’ dalam aplikasi ‘Tawakkalna’ yang dibangunkan kerajaan berkenaan.

Kanak-kanak kini dibenarkan menunaikan ibadah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Sumber Gambar: Haramain Sharifain.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat serta jemaah untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan umrah atau ziarah.

Bagaimanapun ianya dengan syarat memiliki status ‘imun’ dalam aplikasi ‘Tawakkalna’ yang dibangunkan kerajaan berkenaan.

Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi menyatakan, tiada lagi had umur ditetapkan bagi pelawat dan jemaah umrah bagi memasuki Dua Masjid Suci itu.

“Hanya perlu status imun dalam aplikasi Tawakkalna dan memiliki permit sah sewajarnya menerusi aplikasi Eatmarna,” menerusi infografik yang dikongsi di Twitternya.

MoHU dijangka akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan lain termasuk penjarakan sosial dan fizikal berikutan kes COVID-19 di negara itu mencatatkan penurunan.

Ia sebagai persediaan bagi meningkatkan kapasiti jemaah pada bulan Ramadan yang akan datang.

Sebelum ini, pelawat dan jemaah berumur tujuh tahun ke atas dan yang telah lengkap divaksin sahaja dibenarkan untuk memasuki kedua-dua masjid tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, tempahan slot bagi menunaikan umrah bersempena bulan ramadan akan dibuka.

Memetik laporan Saudi Gazette, tempahan boleh dibuat oleh pemohon menerusi “Manasik Gate” dalam aplikasi Tawakkalna.

Aplikasi berkenaan membolehkan jemaah memilih slot-slot yang disediakan dengan setiap slot dikhaskan selama dua jam, bagi melengkapkan keseluruhan ibadah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading