Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TAHFIZ KORBAN KETIGA BANJIR KELANTAN

DALAM NEGARA

PELAJAR TAHFIZ KORBAN KETIGA BANJIR KELANTAN

PASIR MAS: Seorang pelajar tahfiz menjadi korban ketiga banjir di Kelantan, selepas ditemui lemas di Kampung Kedapan, Banggol Kulim, Rantau Panjang, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Hawari Kaday berusia 15 tahun ditemui kira-kira jam 3.55 petang tadi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang serta Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam semalam (Ahad) yang memaklumkan bahawa seorang remaja lemas selepas dibawa arus banjir.

“Mayat mangsa ditemui pada jam 3.30 petang. Mayat mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya, hari ini.

Katanya, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN – WARGA EMAS, REMAJA MANGSA KORBAN BANJIR KELANTAN

AlHijrah Online sebelum ini melaporkan dua rekod korban akibat banjir di Kelantan melibatkan seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: WARGA EMAS, REMAJA MANGSA KORBAN BANJIR KELANTAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading