Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEBAK PERSIAPAN SPM MUSNAH BANJIR

DALAM NEGARA

SEBAK PERSIAPAN SPM MUSNAH BANJIR

KUALA LUMPUR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebak apabila Folio Pendidikan Seni yang menjadi penilaian peperiksaan itu rosak akibat banjir pada Ahad lalu.

Muhammad Firdaus Mat Zin, 18, berkata, banjir yang menimpa rumahnya turut memusnahkan semua persediaannya untuk menghadapi peperiksaan SPM pada hari ini.

“Tiada apa yang saya sempat selamatkan. Bukan sahaja buku teks dan nota peperiksaan dihanyutkan arus banjir, malah beg dan pakaian sekolah saya juga rosak,” katanya ketika ditemui AlHijrah Online di rumahnya di Kampung Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu.

Katanya, folio itu sepatutnya dihantar kepada gurunya pada hari kejadian dan dia berharap pihak pemeriksa serta Kementerian Pendidikan dapat memberi budi bicara terhadap mangsa banjir sepertinya.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Indera itu berkata, emosi dan persiapannya untuk menghadapi peperiksaan SPM terjejas akibat banjir itu, namun dia reda dengan ujian tersebut.

Muhammad Firdaus yang juga anak keenam daripada tujuh beradik berkata ahli keluarganya banyak memujuk agar tidak putus harapan dan percaya ujian ini mempunyai hikmahnya di kemudian hari. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading