Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LOMBONG BITCOIN: DUA DIREMAN SOGOK PEGAWAI TNB RM75,000

DALAM NEGARA

LOMBONG BITCOIN: DUA DIREMAN SOGOK PEGAWAI TNB RM75,000

SEREMBAN: Dua lelaki direman enam hari selepas disyaki menyogok pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM75,000 bagi menutup tindakan mencuri bekalan elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin di sekitar Negeri Sembilan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 49 dan 50 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Khas Reman Seremban pagi tadi.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Riduan Kadri.

Difahamkan, suspek menawar dan memberikan wang jumlah keseluruhan RM75,000 secara rasuah kepada pegawai TNB Zon Selatan (Negeri Melaka/Johor/Negeri Sembilan) sejak Ogos 2021 hingga Januari lalu.

Tindakan itu untuk melindungi aktiviti mencuri bekalan eletrik di beberapa premis sekitar Negeri Sembilan yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin.

Suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri sembilan jam 3.30 petang semalam dan siasatan dibuat mengikut seksyen 17(b) akta sprm 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading