Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYOR SEMAKAN SEMULA SOP SOLAT JEMAAH DI MASJID, SURAU

DALAM NEGARA

SYOR SEMAKAN SEMULA SOP SOLAT JEMAAH DI MASJID, SURAU

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengemukakan syor semakan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi solat jemaah di masjid dan surau pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19.

Katanya langkah itu selepas melihat penilaian risiko COVID-19 yang kini terkawal.

“Saya telah kemukakan syor semakan semula SOP bagi solat jemaah di masjid dan surau serta waktu operasi premis makanan.

“Walau bagaimanapun, syor semakan semula SOP ini masih tertakluk kepada persetujuan dan pelaksanaan oleh bidang kuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Dalam mesyuarat sama, Khairy juga memaklumkan beliau telah membentangkan cadangan SOP bagi pembukaan sempadan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading