Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAMBAR MAKANAN TULAR BUKAN UNTUK PROGRAM RMT

UTAMA

GAMBAR MAKANAN TULAR BUKAN UNTUK PROGRAM RMT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan gambar makanan yang tular didakwa di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah tidak benar.

Menterinya Dr Radzi Jidin berkata, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program RMT.

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah,” menerusi hantarannya di Facebook.

Menurut Radzi Jidin, makanan bagi semua penerima RMT yang disediakan pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.

Dalam pada itu, KPM mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara tersebut.

“KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Gambar Tular Bukan Makanan Daripada Pr0gram RMT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading