Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: TIDAK PERLU IMBAS SUHU, PEMBERIAN VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK LIMA HINGGA 11 TAHUN

DALAM NEGARA

COVID-19: TIDAK PERLU IMBAS SUHU, PEMBERIAN VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK LIMA HINGGA 11 TAHUN

KUALA LUMPUR: Penggunaan wajib pengimbas suhu akan dikeluarkan daripada prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai selepas ini hanya perlu membuat imbasan kod MySejahtera sahaja setiap kali memasuki mana-mana premis.

“Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara), selepas dipinda pada sesi (mesyuarat) kuartet (menteri COVID-19) akan datang, ia (pengimbas suhu) tidak lagi diwajibkan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari 2022.

Khairy berkata, tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak tersebut akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari ini, dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu, namun perinciannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022, dan sebagai permulaan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mereka,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading