Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERENGGANU NAIKKAN ELAUN PERSARAAN IMAM, BILAL

DALAM NEGARA

TERENGGANU NAIKKAN ELAUN PERSARAAN IMAM, BILAL

Sumber Gambar: AFP

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu bersetuju untuk menaikkan elaun persaraan imam dan bilal mukim yang mula berkuat kuasa bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Mohd Nor Hamzah berkata, kenaikkan elaun antara RM300 dan RM400 itu bergantung kepada tempoh perkhidmatan imam dan bilal.

“Imam yang berkhidmat dalam tempoh setahun akan menerima elaun ganjaran RM1,500 berbanding RM1,100 seperti sebelum ini.

“Manakala bagi bilal mukim akan menerima RM1,200 berbanding RM900,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, kenaikan kadar elaun persaraan imam dan bilal mukim diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri, Rabu lepas.

Ujarnya, kenaikan tersebut membolehkan imam dan bilal bersara mendapat ganjaran lebih tinggi selain penghargaan kerajaan kepada tugas murni golongan tersebut dalam usaha mengembangkan syiar Islam.

Untuk rekod, kali terakhir ganjaran persaraan imam dan bilal dinaikkan adalah pada tahun 2000.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading