GAS BERACUN, MUDAH TERBAKAR DI TANGKI LOJI IWK CABARAN BESAR PASUKAN SAR
Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
KUALA LUMPUR: Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Sumber memberitahu Bernama, perkara itu diketahui selepas pasukan SAR turun ke dalam tangki besar berkenaan yang menyimpan bahan kumbahan di sekitar ibu kota dengan masing-masing dua anggota pada Ahad dan empat anggota Isnin lepas.
“Terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam tangki berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar,” katanya.
Hidrogen sulfida ialah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar dan berbau seperti telur busuk serta boleh timbul daripada aktiviti biologi ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen (kegiatan anaerobik).
Sumber berkata anggota SAR mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) khas yang hanya boleh digunakan sekali dan alat bantuan pernafasan ketika turun ke tangki berkenaan.
Menurut sumber, anggota SAR akan diturunkan menggunakan sistem tali ke dasar tangki berkenaan dan di bahagian penapis bagi tujuan pencarian sebarang petunjuk berkaitan mangsa.
“Kerja mencari menggunakan tangan dan alat khas. Semasa di dalam tangki, anggota pasukan SAR tidak boleh melakukan pergerakan secara kasar atau menguis longgokan najis dengan kuat kerana gas metana yang yang terkumpul mudah terbakar, segalanya mesti dilakukan dengan berhati-hati.
“Kerja-kerja mencari akan dijalankan di dalam tangki berkenaan dan di kawasan penapis untuk mengesan jika terdapat sebarang benda asing terperangkap selepas semua najis yang berada di dalam tangki berkenaan dipam keluar dan hingga semalam, keputusannya masih negatif,” katanya.
Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.