Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI IKTIRAF PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM PENGURUSAN JEMAAH HAJI

DALAM NEGARA

ARAB SAUDI IKTIRAF PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM PENGURUSAN JEMAAH HAJI

KUALA LUMPUR: Kejayaan kerajaan Malaysia dalam pengurusan jemaah haji melalui Tabung Haji boleh menjadi model terbaik untuk dicontohi dan diterapkan oleh negara lain.

KUALA LUMPUR: Kejayaan kerajaan Malaysia dalam pengurusan jemaah haji melalui Tabung Haji boleh menjadi model terbaik untuk dicontohi dan diterapkan oleh negara lain.

Perkara itu diperakui Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah yang menyifatkan kejayaan berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan program latihan haji dan umrah yang sistematik, serta kecekapan sistem simpanan wang kendalian Tabung Haji.

“Ini semua demi memastikan jemaah haji Malaysia mempunyai pengalaman yang cukup bagi memudahkan mereka menunaikan haji dengan tenang dan yakin,” katanya menerusi platform X.

“Sebagai model global (Malaysia) yang patut dicontohi, saya amat gembira mengetahui tentangnya,” katanya.

Dr Tawfiq kini dalam rangka lawatan ke Malaysia bermula Isnin hingga Rabu (26-28 Ogos) bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

Ketika di Malaysia, beliau turut mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Mohd Na’im membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading