Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH MENDAP BERLAKU BERDEKATAN LOKASI TANAH JERLUS

DALAM NEGARA

TANAH MENDAP BERLAKU BERDEKATAN LOKASI TANAH JERLUS

Bernama

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi. 

Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. 

Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan. 

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading