ANKARA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengeluarkan amaran mengenai risiko penularan penyakit berjangkit di Gaza di tengah-tengah kepungan Israel dan serangan yang berlanjutan.
“Kematian dan kecederaan di Gaza terus meningkat disebabkan keganasan yang semakin meruncing, kesesakan dan gangguan kepada sistem kesihatan, air dan sanitasi menimbulkan ancaman tambahan: penularan penyakit berjangkit dengan kadar cepat,” Agensi Anadolu memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di platform X.
Menurut WHO, masalah kesihatan kini menyaksikan trend yang membimbangkan termasuk cirit-birit “ketika orang ramai terpaksa menggunakan air yang tercemar.”
“Keadaan ini amat membimbangkan bagi hampir 1.5 juta orang yang hilang tempat tinggal di seluruh Gaza, terutamanya mereka yang berada di kem perlindungan yang sesak dan akses kepada kemudahan kebersihan dan air bersih adalah terhad, meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit,” kata WHO.
Setakat ini lebih 33,000 kes cirit-birit, lebih 54,800 kes jangkitan saluran pernafasan atas, dan beribu-ribu penyakit lain direkodkan sejak pertengahan Oktober.
“Aktiviti vaksinasi rutin yang tergendala serta kekurangan ubat-ubatan bagi merawat penyakit berjangkit meningkatkan lagi risiko penyebaran penyakit.
“WHO menyeru akses bantuan kemanusiaan segera dan dipercepat – termasuk bahan api, air, makanan, dan bekalan perubatan – ke dan di seluruh Semenanjung Gaza,” menurut agensi itu, serta menyeru semua pihak yang bertelagah untuk “mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam, termasuk sistem penjagaan kesihatan.”
Kementerian Kesihatan Gaza pada Rabu memaklumkan bahawa seramai 172 rakyat Palestin yang cedera telah dipindahkan dari Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah untuk menerima rawatan perubatan sejak awal November.
Pada awal November, kumpulan pertama yang terdiri daripada berpuluh-puluh rakyat Palestin yang cedera dan ratusan individu yang mempunyai dwi kewarganegaraan, mula memasuki Mesir melalui lintasan sempadan Rafah, menurut kenyataan Palestin dan Mesir.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked