Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKURANG-KURANGNYA 40,000 ORANG JADI MANGSA PERANG DI GAZA – PEJABAT MEDIA

DUNIA

SEKURANG-KURANGNYA 40,000 ORANG JADI MANGSA PERANG DI GAZA – PEJABAT MEDIA

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Rakyat Palestin mengusung mangsa serangan kejam Israel. – AFP

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Jurucakap pejabat itu, Salama Marouf pada Selasa berkata seramai 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak, 2,719 wanita dan 631 warga emas terbunuh sejak konflik terbaharu tercetus.

Marouf berkata hampir 26,000 penduduk Palestin cedera manakala lebih 3,000 orang hilang, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata jumlah kematian termasuk 1,021 penduduk di Bandaraya Gaza dan utara Semenanjung Gaza yang dipindahkan ke kawasan yang didakwa Israel sebagai selamat di selatan Semenanjung Gaza selain 49 wartawan.

Menurut beliau seramai 192 kakitangan perubatan dan kesihatan terbunuh, 40 ambulans musnah selain 113 institusi kesihatan rosak teruk manakala 18 hospital dan 40 pusat kesihatan tidak lagi berfungsi.

Marouf menegaskan Israel melakukan sebanyak 1,071 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin…sementara 1.5 juta penduduk hilang tempat tempat tinggal. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading