KUALA KUBU BHARU: Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menumbuk pipi kiri wanita itu, awal bulan ini.
Pelakon Hafidz Roshdi, 29, (kiri) ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menumbuk pipi kiri wanita itu, awal bulan ini. – Bernama
KUALA KUBU BHARU: Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menumbuk pipi kiri wanita itu, awal bulan ini.
Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.
Pelakon drama bersiri ‘Tundukkan Playboy Itu’, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi, 2 Mac lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Muhammad Hafidz yang berkemeja hijau dan berseluar hitam kelihatan tenang sepanjang prosiding itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar memaklumkan kepada mahkamah, tertuduh ada mendapatkan rawatan psikiatri dan memohon supaya pelakon itu dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, yang permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
“Pihak pendakwaan juga menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu mendapatkan rawatan dan penilaian di Hospital Bahagia dan dilarang mengganggu mangsa serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” kata Nurul Qistini.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Muhammad Hafidz tidak menafikan anak guamnya mempunyai gangguan bipolar namun memberitahu mahkamah, ia bukan serius seperti penyakit mental yang berat seperti skizofrenia.
Beliau turut memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana anak guamnya mempunyai dua anak selain tawaran berlakon anak guamnya kini ditarik balik berikutan kes itu.
“Pihak kami juga tidak membantah berhubung syarat tambahan yang dipohon oleh pendakwaan, namun adalah tidak munasabah pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah,” kata peguam itu.
Hakim Siti Fatimah membenarkan Muhammad Hafidz diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu bapa pelakon tersebut perlu memastikan anaknya pergi ke Hospital Bahagia untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan psikiatri berkuat kuasa 28 Mac ini.
“Tertuduh juga dilarang mengganggu mangsa secara terus atau melalui ejen atau sebarang bentuk gangguan lain dan sekiranya tertuduh mempunyai pasport, ia perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai,” kata Siti Fatimah yang turut menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan kes bagi dokumen perubatan mangsa dan laporan penilaian psikiatri tertuduh. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager