Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAFIZ MALAYSIA HARUMKAN NAMA NEGARA DALAM MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN AL-QURAN TURKIYE

DALAM NEGARA

HAFIZ MALAYSIA HARUMKAN NAMA NEGARA DALAM MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN AL-QURAN TURKIYE

ANKARA: Peserta hafazan Malaysia, Mohamad Daniel Haziq Haswadi menempa nama di peringkat antarabangsa selepas mendapat tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa Turkiye.

Mohamad Daniel mendapat markah 93.8 peratus bagi kategori yang disertai 38 negara lain.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, pertandingan tersebut telah berlangsung bermula pada 23 hingga 30 Oktober 2024 di Sanliurfa, yang melibatkan penyertaan 54 buah negara.

“Mohamad Daniel Haziq Haswadi mewakili Malaysia bagi kategori Hafazan al-Quran 30 Juz dan Mohamad Yusuf Kassim bagi Kategori Tilawah.

“Imam Masjid Putra, Putrajaya Abdul Karim Zakaria dijemput sebagai hakim jemputan dalam pertandingan tersebut,” katanya.

Tambahnya, Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden di Ankara, Turkiye.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading