Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES KADET UPNM DITEKAP SETERIKA SEDANG DISIASAT – ATM

DALAM NEGARA

KES KADET UPNM DITEKAP SETERIKA SEDANG DISIASAT – ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum laporan tular berhubung kejadian tersebut yang mendakwa mangsa ditekap menggunakan seterika di bahagian dada sehingga melecur.

KUALA LUMPUR: Insiden seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK–UPNM) yang disyaki dibuli dan didera oleh ‘senior’, sedang dalam siasatan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum laporan tular berhubung kejadian tersebut yang mendakwa mangsa ditekap menggunakan seterika di bahagian dada sehingga melecur.

“ATM mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan di peringkat ALK–UPNM.

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.

“Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, ATM menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat kes tersebut secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan tersebut, katanya lagi.

“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” tambahnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading