AS MINTA PENJELASAN ISRAEL BERHUBUNG SERANGAN UDARA MENGERIKAN DI BLOK KEDIAMAN DI UTARA GAZA
“Kami telah menghubungi Kerajaan Israel untuk bertanya apa yang berlaku di sana. Kami masih belum mengetahui keadaan yang mendasari insiden ini. Kami belum mendapat penjelasan penuh daripada mereka mengenai apa yang berlaku. Tidak syak lagi bahawa sebilangan daripada mereka adalah kanak-kanak yang telah melarikan diri daripada kesan perang ini selama lebih setahun.”
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menuntut penjelasan daripada kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung serangan udara “mengerikan” ke atas sebuah bangunan pangsapuri di utara Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang, termasuk lebih dua dozen kanak-kanak.
Menurut United Press International (UPI), Jabatan Negara AS dalam taklimat media hariannya berkata bahawa pihaknya telah membangkitkan insiden pada Selasa di Beit Lahia dengan Israel melalui saluran rasmi, mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
“Kami amat bimbang dengan kehilangan nyawa orang awam dalam kejadian ini. Ini adalah insiden yang mengerikan dengan hasil yang menggerunkan. Saya tidak boleh bercakap mengenai jumlah sebenar kematian, tetapi terdapat laporan lebih dua dozen kanak-kanak terbunuh dalam insiden ini.
“Tidak syak lagi bahawa sebilangan daripada mereka adalah kanak-kanak yang telah melarikan diri daripada kesan perang ini selama lebih setahun. Kami telah menghubungi Kerajaan Israel untuk bertanya apa yang berlaku di sana. Kami masih belum mengetahui keadaan yang mendasari insiden ini. Kami belum mendapat penjelasan penuh daripada mereka mengenai apa yang berlaku,” kata jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller.
Kenyataan Miller dibuat beberapa jam sebelum 19 orang terbunuh dalam serangan udara kedua di Beit Lahia lewat Selasa yang menyasarkan bangunan kediaman.
Pusingan kedua serangan itu menyasarkan beberapa rumah milik keluarga bernama Al Louh di mana saudara-mara yang kehilangan tempat tinggal berlindung, menurut Al Jazeera yang memetik Pertahanan Awam Palestin yang dikendalikan oleh Hamas di Gaza sebagai berkata.
Keadaan itu mendorong pihak berkuasa majlis perbandaran untuk mengisytiharkan keadaan bencana di utara Semenanjung Gaza.
Di New York, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Linda Thomas-Greenfield mengkritik Israel kerana gagal menyahut seruan AS untuk menangani “krisis kemanusiaan yang dahsyat di Gaza.”
Beliau memberitahu satu taklimat Majlis Keselamatan mengenai Timur Tengah bahawa Washington telah menyatakan dengan jelas kepada Netanyahu bahawa setahun selepas konflik itu bermula, tindakan mesti diambil dan AS menolak “sebarang usaha Israel untuk menyebabkan rakyat Palestin kelaparan di Jabalia atau di mana-mana sahaja.”
“Buat masa ini perkara itu tidak berlaku. Ini mesti berubah serta-merta.
“AS telah menyatakan dengan jelas bahawa Israel mesti membenarkan makanan, ubat-ubatan dan bekalan lain masuk ke seluruh Gaza – terutamanya di utara, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk semakin hampir – serta melindungi pekerja yang mengagihkannya,” kata Thomas-Greenfield.
Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai larangan oleh Israel terhadap agensi pelarian Palestin UNRWA, sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kebimbangan mendalam mengenai undang-undang yang diluluskan di Knesset pada Isnin berikutan ketiadaan alternatif lain untuk mengagihkan makanan dan bantuan menyelamatkan nyawa lain di seluruh Gaza.
Thomas-Greenfield berkata Amerika Syarikat mengakui penglibatan beberapa kakitangan UNRWA dalam serangan pada 7 Okt 2023, dan sejak itu telah mengambil langkah untuk melaksanakan pembaharuan serta mengulangi gesaan supaya Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memperkenalkan mekanisme bagi menangani dakwaan berkaitan hubungan kakitangan UNRWA dengan Hamas dan kumpulan penentangan lain. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager