KEPUTUSAN ISRAEL HARAMKAN OPERASI UNRWA SATU PENGHINAAN
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rang undang-undang yang diluluskan Parlimen Israel (Knesset) baru-baru ini yang mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) daripada beroperasi di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rang undang-undang yang diluluskan Parlimen Israel (Knesset) baru-baru ini yang mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) daripada beroperasi di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.
Kementerian Luar Malaysia, Wisma Putra pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan yang mengutuk tindakan ini sebagai serangan terang-terangan terhadap agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyifatkannya sebagai “satu penghinaan serius kepada masyarakat antarabangsa dan kehormatan sesebuah agensi kemanusiaan antarabangsa.”
“Malaysia menegaskan lagi bahawa rejim Zionis Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, di mana kehadiran UNRWA diiktiraf menerusi satu perjanjian antara Palestin dan PBB,” katanya.
Wisma Putra berkata rang undang-undang berkenaan seolah-olah berniat menghalalkan tindakan rejim Zionis Israel yang disengajakan dan jelas menyalahi undang-undang antarabangsa untuk menghapuskan UNRWA sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menenggelamkan isu pelarian Palestin.
Kementerian Luar berkata tindakan itu juga menafikan hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka seperti yang didukung Resolusi Perhimpunan Agung PBB 194, dan untuk mengakibatkan kebuluran kepada mereka yang terselamat daripada bencana kemanusiaan dan genosid yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza.
UNRWA kekal sebagai satu talian hayat penting untuk lebih 5.9 juta rakyat Palestin,menyediakan perkhidmatan penting dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin di seluruh Timur Tengah.
Malaysia kekal teguh dalam memberi sokongan kepada UNRWA dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan yang tegas dan segera untuk melindungi agensi ini dan menamatkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin, katanya.
Pada Isnin (28 Okt) media antarabangsa melaporkan bahawa parlimen Israel telah mengundi untuk mengharamkan operasi UNRWA di wilayah yang diduduki dalam tempoh 90 hari, tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa dan Amerika Syarikat untuk mengekalkan operasi penyedia bantuan kemanusiaan terbesar kepada warga Palestin itu.
Dengan undian 92-10, Knesset mengharamkan agensi itu yang beroperasi di israel menurut Perjanjian 1967 daripada melakukan “sebarang aktiviti” atau menyediakan sebarang perkhidmatan dalam Israel termasuk wilayah yang diduduki Baitulmuqaddis Timur, Gaza dan Tebing Barat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests