Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob ditemubual oleh wartawan ketika keluar dari Dewan Rakyat. Foto: Zahid Izzani
KUALA LUMPUR – Institusi diraja dan badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri sewajarnya memiliki hubungan yang harmoni demi kepentingan rakyat dan negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
bersandarkan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan kuasa Sultan
dan Perdana Menteri untuk mengharmonikan keadaan.
Menyentuh ketegangan dan hubungan dingin antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berharap penyelesaian yang bakal diambil berlangsung dalam suasana aman.
“Biarlah Perdana Menteri dan Sultan Johor selesaikan… bagi saya apa yang penting adalah keharmonian.
“Kalau semua berpegang kepada undang-undang tapi keharmonian tidak ada pun tidak ke mana. Undang-undang jelas memperuntukkan kuasa perdana menteri dan kuasa Sultan tetapi mesti ada usaha untuk mengharmonikan keadaan. Apa yang penting ialah rakyat dan negara.
“Tidak perlu terlalu jumud mempertahankan hak masing-masing berdasarkan undang-undang, apa yang penting kena ada harmoni antara Sultan Johor dan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Ketegangan ini tercetus apabila Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian melepaskan jawatannya pada Isnin lalu tanpa memberikan sebab rasional keputusan tersebut sehingga mencetuskan polemik pelbagai pihak yang telah mempersoalkan tindakan itu dibuat atas kehendak sendiri atau tekanan pihak lain.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, semua pihak termasuk UMNO Johor mempunyai hak untuk memberi pandangan berhubung situasi yang berlaku di negeri selatan tanah air itu.
“Masing-masing boleh memberi pandangan, dia (Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad) nak jumpa Sultan mungkin nak beri pandangan, hak Sultan hendak dengar pandangan tapi keputusan masih bergantung padanya,” katanya.
Semalam, Hasni yang juga Ketua Pembangkang Johor akan mencadangkan kepada Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.