RECEP Tayyib Erdogan sewaktu bertugas sebagai Datuk Bandar Istanbul pada era 90-an pernah berkata “Siapa yang kalah di Istanbul akan kalah di Turki”. Ia sekaligus menggambarkan betapa pentingnya Istanbul kepada Turki.
Justeru itulah apabila mengesan berlakunya penyelewengan undi dalam pilihan raya tempatan Istanbul, beliau meminta pihak berkuasa pilihan raya supaya membatalkan keputusan pilihan raya tersebut.
Dakwa Erdogan, pihak berkuasa gagal melantik kakitangan awam sebagai
pegawai di pusat pemilihan di beberapa pusat pengundian di Istanbul ketika
pilihan raya 31 Mac lalu.
Menurut laporan akhbar Daily Sabah yang memetik kenyataan Erdogan,
pihak berkuasa telah menugaskan orang biasa yang mendatangkan masalah terhadap
proses itu. Hal ini mewujudkan keraguan dan situasi itu biasanya membawa kepada
pembatalan undi.
Recep Tayyib Erdogan
Mengikut keputusan pilihan raya itu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) kalah dalam Pilihan raya Bandar Istanbul dan Ankara, di mana AKP berentap dengan Parti Rakyat Republikan (CHP).
Ekrem Imamoglu yang mewakili CHP, telah memenangi pilihan raya tempatan Istanbul dengan memperolehi 48.8% undi berbanding Binali Yildrim yang mewakili AKP yang mendapat 48.6% undi.
Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki akhirnya membatalkan keputusan pilihan raya itu atas dakwaan berlaku penipuan dalam proses pengundian.
Namun setelah pilihan raya semula itu diadakan pada 23 Jun 2019, majoriti tipis 0.2 peratus yang diperolehi oleh CHP sebelumnya meningkat kepada 9 peratus. CHP telah mendahului AKP sebanyak 54% undi berbanding 45% undi yang diperolehi Yildrim.
Meninjau sejarah, kerisauan Erdogan itu berasas. Ini kerana CHP adalah
parti sekular yang diasaskan oleh Mustapha Kamal, pemimpin tentera yang telah
menjatuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah Turki dan menubuhkan Republik Sekular
Turki.
Erdogan mungkin terlebih dahulu menebak kekalahan AKP itu sebagai satu petanda berkembangnya bunga-bunga ideologi sekularisme di Turki. Sememangnya Erdogan patut risau kerana kepimpinannya selama 16 tahun tergugat dengan keputusan pilihan raya yang mengejutkan ini.
Perkara ini pula berlaku pada waktu ekonomi Turki sedang memburuk dan
ia sangat mempengaruhi masa depan pemerintahan Erdogan. Nilai tukar mata wang
lira terus merosot kebelakangan ini ekoran kegawatan ekonomi yang melanda Turki
dalam tiga bulan terakhir 2018.
Namun Erdogan yakin masih punya kesempatan memperbaiki kedudukan pada
pemilihan umum 2023 dengan melakukan reformasi ekonomi tanpa kompromi dengan
aturan pasaran bebas.
Walaupun akur dengan pilihan rakyat kerana bagi Erdogan, “Setiap
kemenangan dan setiap kekalahan adalah kehendak rakyat kita dan juga sebuah pra
syarat demokrasi yang harus diakui”, kekalahan ini haruslah dianalisa
setepat-tepatnya untuk membaca masa depan Turki.
Ulasan-ulasan seputar pilihan raya itu perlu diambil kira di mana terdapat sejumlah pihak khususnya kalangan kelas pekerja mengatakan bahawa kekalahan AKP di sejumlah daerah berhubungan erat dengan ketidakpuasan rakyat terhadap kemampuan Erdogan mengatasi inflasi. Mereka mengharapkan perubahan yang sebenarnya, bukan sekadar janji menjelang pilihan raya.
Kemarahan rakyat terhadap usul Erdogan untuk membuat undian semula juga mempengaruhi keputusan pilihan raya semula itu. Dalam kes ini, undian semula dilakukan atas kelulusan Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki, bukannya atas kuasa Erdogan menentukannya.
Namun, rakyat seolah-olah didesak suatu kuasa untuk menolak AKP, sehingga tidak dapat menilai peraturan dan undang-undang sehingga menghukum Erdogan melalui undian.
Tercetusnya huru-hara, tunjuk perasaan dan protes rakyat secara semberono dalam bentuk pelbagai fitnah kepada pemerintahan Erdogan kelihatan dirancang oleh pihak tertentu dengan matlamat menjatuhkan pemimpin tersebut.
Fenomena yang berlaku itu seolah-olah ulangan peristiwa yang berlaku
kepada beberapa negara Islam sebelum ini. Tercetusnya huru-hara, tunjuk
perasaan dan protes rakyat secara semberono dalam bentuk pelbagai fitnah kepada
pemerintahan Erdogan kelihatan dirancang oleh pihak tertentu dengan matlamat
menjatuhkan pemimpin tersebut.
Walaupun kes undian semula adalah satu peristiwa menggegarkan dalam sejarah Turki sebagaimana pendapat Pengarah Program Turki di Institut Washington, Soner Cagaptay tetapi sebab utama Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki meluluskannya perlu diambil kira.
Sepatutnya rakyat menerima keputusan itu sebagai satu tanda Turki menjalankan pemerintahan yang telus.
Tuduhan seperti Erdogan enggan menerima keputusan muktamad pilihan raya
dan hanya mahukan kemenangan parti menunjukkan dendam terancang rakyat, bukan
sebaliknya mencari keadilan dalam setiap tindakan. Walhal Erdogan sejak awalnya
menerima kekalahan tersebut, cuma meminta ia dibatalkan kerana wujudnya ketidak
telusan.
Para penunjuk perasaan memegang sepanduk yang bermaksud “Segala sesuatu akan menjadi sangat baik” semasa demonstrasi di Istanbul, pada 7 Mei 2019 berikutan keputusan pihak berkuasa untuk menjalankan semula pemilihan parti kota itu. FOTO AFP
Seandainya rakyat menerima keputusan membatalkan pilihan raya sebelumnya, adakah huru-hara akibat tunjuk perasan akan berlaku. Dan bukankah dengan tunjuk perasaan itulah yang menyebabkan ekonomi Turki terancam? Malangnya dalam kemarahan, rakyat Turki gagal membaca agenda itu.
Tohmahan para penunjuk perasaan terhadap Erdogan sebagai pemimpin yang “sanggup
mengorbankan ekonomi sebelum menyerahkan kuasa” sebenarnya boomerang yang
kembali semula kepada pihak yang melemparkannya.
Kematian Mohamed Morsi yang mempunyai hubungan rapat dengan Erdogan, hubungan
Turki dan Mesir yang dikatakan amat renggang sejak tentera Mesir yang dipimpin
oleh Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Morsi pada tahun 2013 serta
tindakan Erdogan secara lantang mengecam penggulingan Morsi dan meminta
pembebasan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir mungkin boleh membuka mata rakyat Turki
untuk melihat agenda pembiakan semula benih sekularisme di Turki secara
besar-besaran.
Sekiranya kedudukan Erdogan goyah di Turki, pihak manakah yang akan beroleh manfaat dari keadaan itu?
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests