Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘TIADA VISA, TIADA HAJI’, ELAK TUNAI HAJI TANPA KEBENARAN SAH

DALAM NEGARA

‘TIADA VISA, TIADA HAJI’, ELAK TUNAI HAJI TANPA KEBENARAN SAH

Penggunaan visa selain visa haji seperti visa pelancongan, perniagaan, pekerjaan atau umrah untuk tujuan menunaikan haji adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Arab Saudi.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak pergi melakukan ibadah haji ke Arab Saudi secara sendiri (DIY).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata ia kerana sekiranya terdapat sebarang permasalahan timbul seperti jemaah jatuh sakit dan sebagainya kebajikan jemaah yang pergi secara sendiri tidak dapat dilindungi.

Tegasnya penggunaan visa selain visa haji seperti visa pelancongan, perniagaan, pekerjaan atau umrah untuk tujuan menunaikan haji adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Arab Saudi.

“Kebenaran memasuki kawasan Arafah, Muzdalifah dan Mina hanya diberikan kepada jemaah yang memiliki visa haji sah. 

“Sebarang pelanggaran peraturan ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang termasuk

denda, penjara serta sekatan daripada memasuki Tanah Suci pada masa hadapan,” katanya.

Bagi memastikan jemaah tidak terlibat atau menjadi mangsa penipuan haji, beliau hari ini melancarkan  Kempen ‘Tiada Visa, Tiada Haji’ semasa Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya.

Katanya misi utama kempen ini adalah memastikan jemaah yang memiliki visa sah sahaja dibenarkan menunaikan ibadah haji demi keselamatan dan kebajikan mereka.

Sebagai peringatan penting, beliau turut berkongsi beberapa ketetapan utama oleh pihak berkuasa Arab Saudi. 

Kemasukan ke Makkah bagi tujuan haji adalah tertakluk kepada pemilikan visa haji yang sah atau dokumen rasmi seperti Iqamah atau permit kerja di kawasan Tanah Suci. 

Visa lawatan termasuk visa umrah, pelancongan dan perniagaan dilarang untuk menunaikan haji.

Individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga SR100,000, manakala warga asing berdepan risiko pengusiran. 

Mana-mana pihak yang didapati membantu atau mengangkut jemaah tanpa visa sah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda sehingga SR50,000. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading