INSIDEN KEBAKARAN DI SMAP KAJANG: MENTERI AGAMA SAMPAIKAN SUMBANGAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menyampaikan sumbangan segera RM100,000 kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang susulan insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik pejabat sekolah itu, awal pagi Khamis.
KAJANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menyampaikan sumbangan segera RM100,000 kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang susulan insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik pejabat sekolah itu, awal pagi Khamis.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50,000 adalah daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) manakala selebihnya disumbangkan oleh Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu kerja membaik pulih dan keperluan kecemasan lain agar proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan diteruskan tanpa gangguan.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kerajaan MADANI, khususnya melalui agensi-agensi agama, sentiasa komited untuk memelihara dan memperkasa institusi pendidikan Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran.
Mohd Na’im turut bertemu kakitangan sekolah untuk memastikan dokumen penting dapat diselamatkan.
“Sedikit kesukaran tetapi insya-Allah, akan memberikan kebaikan. Mungkin ada hikmah di sebalik kesabaran warga kerja daripada pengetua, guru sampailah pelajar walaupun mungkin ada terganggu sedikit.
“Tetapi percayalah… daripada kesabaran untuk menghadapi musibah ini, Allah SWT akan memberikan ganjaran dan ganti yang lebih baik selepas ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan sebuah bilik pejabat di bangunan sekolah itu musnah dalam kebakaran pada awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 pagi sebelum 16 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi.
Kebakaran berjaya dikawal pada 1.58 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked