Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL SAHKAN PEMIMPIN HAMAS YAHYA SINWAR DIBUNUH

DUNIA

ISRAEL SAHKAN PEMIMPIN HAMAS YAHYA SINWAR DIBUNUH

BAITULMAQDIS: Negara Haram Israel pada Khamis mengumumkan berjaya membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi serangan di Selatan Semenanjung Gaza.

Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar. – AFP

BAITULMAQDIS: Negara Haram Israel pada Khamis mengumumkan berjaya membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi serangan di Selatan Semenanjung Gaza.

Sinwar yang menggantikan jawatan Ismail Haniyeh selepas dibunuh Israel pada Julai lalu menjadi buruan Zionis kerana didakwa menjadi antara perancang utama serangan 7 Oktober.

Setakat ini Hamas belum mengesahkan kematian Sinwar namun negara haram itu telah meraikan kejayaan pembunuhan tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memuji kejayaan tenteranya itu sambil berkata pembunuhan Sinwar satu tamparan hebat kepada ‘kejahatan’.

Kematian Sinwar juga kata Netanyahu satu tanda kejatuhan kepimpinan Hamas.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dilapor telah dimaklumkan Israel berkenaan pembunuhan Sinwar.

Pemimpin negara yang membekalkan senjata kepada Israel itu berkata “Ia merupakan hari yang baik buat Israel, Amerika Syarikat dan dunia.”

Pengumuman pembunuhan Sinwar dibuat beberapa minggu selepas Zionis turut membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah dalam serangan di Lubnan. – AlHijrah Online/AFP


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading