Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat petang ini.
Ia merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan beliau dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Pembentangan Belanjawan 2025 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial pada 4 petang ini.
Menurut kenyataan prabelanjawan 2025 yang disiarkan dalam laman sesawang khas Belanjawan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada teras utama kerangka Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.
Teras menaikkan siling bertujuan menstrukturkan semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia manakala teras menaikkan lantai bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik dan perlindungan sosial untuk semua.
Teras tatakelola baik dan reformasi sektor awam pula bertujuan mengutamakan aspek ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam kerajaan supaya matlamat yang digariskan Malaysia dapat dicapai.
Pada 7 Okt lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI.
Perdana Menteri berkata lebih banyak penambahbaikan struktur ekonomi akan diperkenalkan dalam belanjawan itu untuk memastikan pertumbuhan pesat ekonomi dapat dikongsi bersama rakyat secara saksama.
Berdasarkan takwim menerusi laman rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan (21 Okt) sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 Nov.
Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 Nov untuk diluluskan Dewan Rakyat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager