Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTIADAT ANGKAT SUMPAH MENTERI PERSEKUTUAN DIJADUAL ESOK – SUMBER

DALAM NEGARA

ISTIADAT ANGKAT SUMPAH MENTERI PERSEKUTUAN DIJADUAL ESOK – SUMBER

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung esok di Istana Negara pada 2.30 petang.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung esok di Istana Negara pada 2.30 petang.

Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Pada 1 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Jawatan itu kini dipangku Datuk Armizan Mohd Ali yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading