ISU 3R: POLIS BUKA DUA KERTAS SIASATAN TERHADAP MUHYIDDIN
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. – Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis akan memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada 12 Sept ini untuk diambil keterangan berhubung siasatan tersebut.
“Ada dua IP (kertas siasatan) dibuka terhadap Muhyiddin susulan kenyataan beliau (berhubung) ‘fatwa’ dan kenyataan berkenaan orang Melayu akan hilang kuasa.
“Jadi ada dua IP dibuka dan kita akan panggil beliau pada 12 Sept untuk ambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi bagi Parlimen Pulai di pusat pengundian Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.
Ayob Khan berkata buat masa ini, tiada kertas siasatan baharu dibuka melibatkan pemimpin parti politik lain berhubung isu 3R.
Pada Sabtu lepas, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas, di sini, ketika kempen PRK Parlimen Pulai.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa parti orang Melayu dilihat sudah hilang kuasa, selain mendakwa kerajaan ketika ini seolah-olah tidak faham masalah orang Melayu.
Pada 4 Sept lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Mengulas mengenai siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ayob Khan berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Negara itu turut mengingatkan dan menasihatkan pemimpin politik serta masyarakat supaya tidak mengeluarkan lagi kenyataan berkaitan 3R termasuk ketika berkempen bagi PRK Pelangai, Pahang, hujung bulan ini.
“Polis sentiasa memantau semua sosial media, kalau ada kita akan buka kertas siasatan tapi nanti bila sudah disiasat, ditahan, didakwa dan dihukum, baru timbul rasa (meminta) simpati dan lain-lain,” katanya.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas pemergian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager