Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PIJAK, SEPAK AL-QURAN DI LUAR TURKISH HOUSE, NEW YORK

DUNIA

LELAKI PIJAK, SEPAK AL-QURAN DI LUAR TURKISH HOUSE, NEW YORK

WASHINGTON: Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.

WASHINGTON: Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.

Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis  yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, “Ini Al-Quran.”

Insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark dengan alasan kebebasan bersuara telah mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading