PRK: PERATUSAN KELUAR MENGUNDI RENDAH DI PULAI KERANA CUACA – PENGERUSI SPR
JOHOR BAHRU: Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Setakat pukul 11 pagi ini, hanya 19 peratus pengundi direkodkan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk Parlimen Pulai, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula 26 peratus. – Bernama
JOHOR BAHRU: Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Abdul Ghani berkata setakat pukul 11 pagi ini, hanya 19 peratus pengundi direkodkan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk Parlimen Pulai, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula 26 peratus.
Bagaimanapun, katanya proses pengundian di kedua-dua PRK itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan berharap sasaran lebih 70 peratus keluar mengundi tercapai.
“Setakat ini, kita lihat kebanyakan pengundi yang keluar mengundi adalah di saluran satu, dua dan tiga pada pagi ini. Mungkin, orang muda ambil masa sedikit dengan mengundi pada sebelah petang nanti,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini hari ini.
Abdul Ghani turut menyeru pengundi yang layak agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, memandangkan keadaan cuaca terutama di Pulai bertambah baik dengan mendung selepas hujan lebat sekitar 9.30 pagi tadi.
Terdahulu tinjauan Bernama mendapati, biarpun hujan lebat di beberapa kawasan di Parlimen Pulai termasuk pusat mengundi SMK Taman Bukit Indah, namun dengan berpayung, pengundi tetap keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.
Seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini, dengan 165,509 pemilih merupakan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi.
Terdapat sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala DUN Simpang Jeram pula sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests