Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRK JOHOR: PH PERTAHAN PARLIMEN PULAI

UTAMA

PRK JOHOR: PH PERTAHAN PARLIMEN PULAI

Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kawasan yang dimenangi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kawasan yang dimenangi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN – CALON PH NAZRI MENANG KERUSI DUN SIMPANG JERAM

Suhaizan, yang bertanding buat kali ketujuh dalam pilihan raya, memperoleh 48,283 undi bagi menewaskan dua pencabarnya iaitu Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi yang masing-masing mendapat 29,642 undi serta 528 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Pulai Miswan Yunus pada 10.09 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan Suhaizan menjadi Ahli Parlimen pertama mewakili Kerajaan Perpaduan yang dibentuk menerusi dukungan gabungan PH-Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu turut menyaksikan Samsudin terpaksa berputih mata apabila hilang wang deposit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: PRK: PERATUSAN KELUAR MENGUNDI RENDAH DI PULAI KERANA CUACA – PENGERUSI SPR – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: CALON PH NAZRI MENANG KERUSI DUN SIMPANG JERAM – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading