Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU PERKAUMAN: MUHAMMAD FAWWAZ SUDAH BERI KETERANGAN KEPADA POLIS

DALAM NEGARA

ISU PERKAUMAN: MUHAMMAD FAWWAZ SUDAH BERI KETERANGAN KEPADA POLIS

Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, dekat sini berhubung kertas siasatan berunsur perkauman membabitkan dirinya.

Sumber Gambar: Facebook Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan

BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, dekat sini berhubung kertas siasatan berunsur perkauman membabitkan dirinya.

Muhammad Fawwaz berkata keterangan itu diberikan pada 3 petang, Jumaat lepas.

“Isu ini sedang dalam siasatan polis. Saya telah memberi keterangan berkaitan isu ini kepada pihak polis (di) IPD Timur Laut, jadi biarlah siasatan dijalankan.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana dalam siasatan. Saya pun tidak ingat bila hantaran itu dibuat dan bila ia dipadam oleh pengendali Facebook saya. Isu ini tak ada apa-apa pun, sengaja dibangkitkan. Ia bukan isu baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan berunsur perkauman, membabitkan dua wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN).

Kertas siasatan itu dibuka ke atas Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhammad Fawwaz yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Saifuddin Nasution dilaporkan berkata siasatan ke atas Abdul Hadi dan Muhammad Fawwaz dibuat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dengan Muhammad Fawwaz didakwa membuat fitnah ke atas orang bukan Islam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading